Feb 23, 2010

15/03/10 off to sarawak!HAHA

Feb 16, 2010

beckham pasti menyesal

pasal nak post benda ni,satu malam gua tak tido.bukan saja2 tak tido ada sebab baiik punya.tengok LIVE match Champions League AC MILAN VS MAN UTD.sambil2 ada jugak gua susun2 slide nak buat presentation esok,auta2 fakta untuk forum BEL313 malam khamis nanti.3cawan nescafe jugak gua saspek gua telan sepanjang malam ni.sambil2 boleh gua kejut awek gua semayang subuh.hajat nak jugak gua azan dekat masjid ashabul kahfi,tapi itu hari gua ada pergi itu masjid,gua tengok jadual dah ada untuk bilal yang bertugas.so,gua tak nak kacau.lu orang jalankan tugas lu orang seperti yang diamanahkan ok ?


tajuk post pada pagi ini:BECKHAM PASTI MENYESAL.sebenar2nya,gua tak harap sangat pun MU nak menang malam ni.yelah kan,lawan pun dekatStadio Giuseppe Meazza.normal la kalah kat tempat lawan.kan kan ?tapi,gua marah betol bila becks dengan bongkaknya cakap,dia takkan celebrate kalau dia score time lawan MAN UTD nanti.ceeyt score konon.sentuh bola pun 3-4 kali je nak score konon.baru minit ke '65 leonardo da suruh lu keluar.hahaha.nasib free-kick dia ronnie the jongang volley masuk goal.pehh sumpah koyak time ni.baru minit ke '3 AC MILAN da score.lepas2 tu gua tengok memang MU pressure je main.tapi dengan ketabahan dan kredibiliti pemain MU yang memang tak dapat disangkal lagi,mereka telah mencipta 3 gol yang lawa(bukan gol murahan) 1 daripada paul scholes dan 2 daripada wayne rooney the bulldog striker.pasal apa bulldog striker pasal muka dia macam bulldog.tapi takpela awek dia lawa.lu orang muka hensem2 ada awek lawa macam si coleen tuh ?takde kan?so diam.match kekal 3-1 sampai minit ke '85 sebab time minit '85 clarence seedorf yang digantikan dengan beckham telah menyumbat gol kesian hasil dari ehsan pemain2 defend MU.gua memang respek sama lu orang boleh bagi AC MILAN gol free sebijik.dalam hati lu orang memang ada taman.

hehe tu saja bagi post kali ini,gua tak jadik ngantuk.rasa nak jogging pegi bilik bawah kejut acenk pun ada,sambil2 ambik jersi AC MILAN dalam locker dia buat lap kaki bilik gua.

p/s;pada perkembangan lain,real madrid telah tumpas kepada olympique lyon di tempat lawan,Stade Gerland.nasihat gua kat Manuel Pellegrini,daripada lu beli pemain mahal2 main macam nak tak nak,baik lu beli amri yahyah.komfem lagi ngam sebab gua tengok dia kalau main bola sikit punya rajin.

"gua malas nak celebrate kalau2 gua score lawan MU nanti"



Feb 14, 2010

sindrom facebook

cuti kongsi pacaii memang lama dah,malahan esok habis dah pun cuti.tapi baru hari ni gua berpeluang jumpa ibu ayah serta adik beradik gua yang lain.ye lah awal2 cuti CNY arituh gua jalan2 KL dulu,tido rumah pakcik gua apa semua.baru hari ni gua balik rumah.mak gua pun tak berapa berkira sangat.bapak gua pun wat lek je.padahal gua tahu diorang da rindu gila babi sama gua.haha.


gua malas nak cerita banyak2,gua tahu lu orang bukan ambik port sangat pun nak baca blog gua.
lepas makan malam,sedang gua lepak2 layan alin,gua terdengar perbualan antara adik2 gua,anis,13tahun dan aiman,10 tahun.
"kawan anis tu pukul 5pagi da bangun bukan buat homework,online facebook"

gua teros macam what the hell ?lu orang budak kecik da pandai main facebook.adik gua yang form 5 dgan form 3 tu tak payah crita laa.adik gua dengan lantang sound gua,"orang lama dah ada facebook,masa darjah 5 lagi".gua terdiam.gua pun baru buat tahun lepas.apa kes?gila maju budak2 zaman sekarang.gua pandang kat muka aiman,"haa jgan cakap lu pun ada facebook?".."ada laa baru buat hujung tahun lepas".lagi la gua macam what the hell hell hell budak darjah 4 da ada facebook.nasib baik gua takde adik darjah 3,2,1..kalau tak gua saspek mesti diorang ada facebook jugak.sedang gua leka bermonolog sendirian,gua mengalihkan pandangan dekat adik bongsu gua yang baru berumur 3tahun.gua sound dia direct,"lu jangan main2 dengan gua!!"..dia hanya tersenyum sinis
mana gua tak hangin,baru 3tahun da tau posing nak buat profile pictures kt facebook
siap tanya pendapat gua lagi,"comel x?"

Feb 13, 2010

lama rasanya tidak menulis.tapi nak menulis pun rasa takde mood.blahh~~

gua sayang lu derr..