Jul 9, 2011

Kotor!

Tipikal. Tidak mahu menerima perubahan. Takut untuk menerima perubahan,to be more precise. Itulah dia mentaliti orang Melayu. Bagi yang mahukan perubahan dikatakan penentang kerajaan,mengancam keamanan sejagat. Dimanakah kebebasan bersuara kita kalau begitu? Pada percaturan saya, Malaysia ini adalah negara demokrasi,bukannya komunis. Atau mungkin saya yang salah perkiraan? Masakan berdemo untuk dituntut dibersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Akses media bebas & adil, Masa berkempen minima 21 hari, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah, Hentikan politik kotor itu diishytiharkan sebagai demonstrasi haram. Dimanakah letaknya akal dan fikiran kita sebagai masyarakat minda kelas pertama? Menurut kepada kenyataan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, KERAjaan menggunakan 3M bagi memastikan kedudukan politik NEGARA KITA berada dibawah kawalan mereka. 3M itu ialah, Money,Media, dan Machinery. Kita sedia maklum dengan politik wang yang digunakan. Malahan perkara ini amatlah serius sehinggakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pernah member amaran sekeras kerasnya kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang menggunakan politik wang. Siapa sahaja yang tidak gelap mata dengan wang bukan? Bagi duit pangkah BN. Setel! Kedua, Media. Kita sedia maklum dan bagi diri saya sendiri, sudah menyampah benar dengan barua – barua media nasional yang tidak habis habis memburukkan pembangkang. Ini lah antara punca utama yang menyebabkan sesetengah daripada kita yang duduk dibawah tempurung menerima dengan bulat – bulat apa yang dikeluarkan media. Keluar TV kata liwat,LIWAAATT kata kita. Keluar surat khabar kata main dengan pelacur, GILAA SEKSS kata kita. Sesungguhnya jika beginilah pemikiran masyarakat kita, sampai kiamatlah tidak layak digelar masyarakat minda kelas pertama seperti Amerika Syarikat, Singapura, dan Negara Negara maju yang lain. Media di Negara – Negara maju ini kebanyakannya neutral. Kerajaan buat salah dilapor,pembangkang buat salah juga dilapor. Jadi minda mereka boleh memikirkan mana yang terbaik dan tidak diracuni seperti di Negara kita. Pemimpin kita sibuk menjadikan Negara – Negara maju ini sebagai contoh,tetapi tidak berani pula untuk mengikutnya dari segi politik. Tapi saya berterima kasih juga kepada akses internet yang membolehkan saya membaca artikel dari dalam dan luar Negara. Juga saya seringkali menonton berita di Bernama dan Channel News Asia. Nak harapkan TV3? HAHA tengok Nora Elena boleh la. Berita auta belaka.Jadi pemikiran tidaklah seperti katak yang duduk dibawah tempurung. Media memang memainkan peranan penting untuk memastikan sesuatu pakatan atau parti politik itu untuk berkuasa di satu satu Negara itu. Pihak pembangkang di Negara kita langsung tidak diberi peluang di media nasional. Sangatlah adil pada perkiraan saya. Dan yang ketiga ialah Machinery. Machinery adalah jentera – jentera KERAjaan yang digunakan untuk membantu mereka menguasai segala terutama di musim pilihanraya. Umum sudah mengetahui pada pilihanraya ke 12 yang lalu, 25kerusi telah dimenangi oleh pembangkang,tetapi kalah pada undi pos. Di Setiawangsa juga, PAS telah menang besar,tetapi bila datangnya undi pos dari kem askar di sekitar situ, kemenangan ternyata berpihak kepada BN. Dari mana datangnya undi pos ini? Adakah ianya betul dan sahih? Kita pasti tidak tahu tentang kesahihannya kerana undi pos ini diuruskn oleh machinery kerajaan. Jadi salah satu tuntutan BERSIH adalah untuk mereformasikan undi pos ini supaya lebih telus.

Jadi, pada percaturan saya, BERSIH ini bukanlah agenda politik. Tetapi kenapa KERAjaan begitu takut dengan demonstrasi ini? Mudah jawapannya. Kerana Suruhanjaya Pilihanraya dipegang oleh mereka. Kalau Suruhanjaya Pilihanraya telus dan amanah, sudah tentunya mereka hilang kuasa. Lihat saja pada pilihanraya umum yang lali, 5negeri jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat inginkan perubahan dan keadilan. Akan saya sambung kupasan mengenai perihal ini lebih lanjut dalam entri akan datang. Insyaallah.

*JANGAN KOMEN APA APA TENTANG BERSIH JIKA ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN,DAN TIDAK TAHU CERITA. JANGAN NAK KATA ‘BODOH ORANG MELAYU YANG PERGI BERSIH,GADUH SAMA SENDIRI. KAUM INDIA DAN JUGAK CINA TIDAK KURANG RAMAINYA BERDEMO HARI INI. DIBAWAH SEMBURAN GAS PEMEDIH MATA, DAN HUJAN KAMI SAMA SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. KAMI SAYANG NEGARA KAMI! KALAU TAK TAHU N NAK TAHU SILA LIHAT LINK DI ENTRI TERBARU BLOG SAY OH ! khairijamian.blogspot.com DAN LIHAT LINK LINK YANG DITULIS.

Jun 3, 2011

If it aint broke, dont fix it

Ahhh. Lama sungguh rasanya tidak menghirup udara segar Blogger.com. Ya, nampaknya entri terakhir dari blog ini merupakan 'entry separa sedar' bertarikh 10 Januari 2011. Ok no more fulztinenhein bullshituchen talk, just straight to the point. Tergerak hati untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan bidang penulisan blogger ini. Tidak mahu pula bila orang bertanya 'Ohh so u dont have a blog? Thats mean you're not a blogger like me,LOL'. Entri kali ini lebih menyentuh tentang PASUKAN BOLASEPAK KEGEMARAN. Mungkin tajuk ini tidak begitu relevan untuk dibincangkan setelah tidak lama menulis, tetapi bukankah mengikut naluri hati itu lebih penting. Terdetik hati untuk menulis ketika sedang asyik bermain Pro Evolution Soccer di PSP seorang anak saudara. Gaya bahasa dan intonasi dalam entri kali ini mungkin sedikit berbeza berbanding dengan entri2 sebelumnya. Maklumlah, bahasa itu wajah kita.


What is your favourite football club? Apakah pasukan bola sepak(soccer) kegemaran anda? Mostly will go for Manchester United, Arsenal,Liverpool,Chelsea or Manchester City perhaps? Mungkin segelintir daripada kita juga lebih selesa menjadikan team separa underdog sebagai pasukan pilihan mereka, i,e; Everton, Aston Villa Dll. On top of that, kenapa Manchester United adalah kelab bolasepak yang paling dibenci? Sedangkan kalau dilihat dari pencapaian mereka, perlulah untuk pesaing terdekat,yakni Chelsea menunggu berbelasan tahun untuk menandingi kehebatan dan kekencangan Manchester United. Ok Im not writing about how great Manchester Untied are though, I am Man Utd die-hard fans. Saya akan pastikan sehabis baik tiada 'bias' dalam penulisan kali ini. Risau juga segelintir yang memang 'true' Anti - Man Utd berasa menyampah lantas tidak menghabiskan pembacaan. Kan rugi tu. Berbalik kepada soalan, kenapa perlu membenci Man Utd? Ya,memang ramai sungguh dikalangan rakan dan sahabat handai saya membenci kelab bolasepak ini. Benda lain memang bole kasi kautim tapi dalam ini hal, memang boleh buat bertumbuk. Ya,sungguh tidak professional. Orang putih bermain bola di England kita di Malaysia bertumbuk. Tapi setakat ini, belum lagi kejadian seumpama ini berlaku. Setelah survey ala kadar dilakukan, ternyata punca utama sebab Man Utd dibenci ramai adalah kerana Man Utd adalah kelab bolasepak berdasarkan populariti. Apakah maksud disebalik semua ini? Sabar,akan saya jelaskan dengan penuh berhemah dan bertatasusila. Jika dilihat dari pelbagai aspek, saya sejujurnya merasakan Barcelona dan Real Madrid adalah merupakan kelab yang berdasarkan populariti. Anda boleh lihat sendiri bukan,di mana mana Messi. Di iklan pepsi Messi, di iklan beras Messi, di iklan seluar dalam Messi, di cover majalah Playboy awek Messi. Keh keh keh. Fenomena ini turut berlaku terhadap seorang lagi bintang yang saya cu'ng'kup menyampah(ya, tahap menyampah saya boleh digambarkan dengan menambah 'ng' di tengah tengah perkataan cukup), Cristiano Ronaldo. Ohh did I spell it wrongly? Budak 6tahun yang baru berjinak jinak nak layan bola sudah pastinya akan mengenali Messi dan Ronaldo.Pasti. Betina yang ikut balak tengok bola dekat mamak yang tidak tahu apa apa tentang bola sepak juga pasti akan kenal dengan 2orang footballers ini. Pasti. Dan dengan ini jelaslah hujah saya bahawa Barcelona dan Real Madrid adalah kelab yang berdasarkan populariti. Tetapi disebabkan mereka adalah dari Liga Sepanyol,apa kita tolak tepi dahulu kerana fokus saya dalam entri kali ini adalah berkisar tentang Liga Perdana Inggeris(EPL).

*THANKS AZRAI ZAKI FOR THE PICS

Fokus utama,kenapa perlu membenci Man Utd? Kadang kadang, saya juga benci melihat awek awek yang gelabah tetek mengepost sepanjang masa tentang Man Utd, bergambar profil piktur berjersi Man Utd, hatta mengakui peminat sejati Man Utd pun ada tetapi sebenarnya,pada hakikatnya Wayne Rooney main posisi apa pun tidak diketahuinya. Ini memang pathetic. Sangat pathetic. Pada pandangan saya segelintir mamat yang menjadikan team separa underdog dan team underdog sebagai pasukan pilihan adalah pilihan tepat memandangkan setakat ini belum pernah dengar lagi awek sembang pasal Aston Villa. So takde la rasa annoying sangat tak begitu. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan mengakui team yang terlampau underdog seperti 'Stoke City' sebagai pasukan pilihan mereka. Ini jenis orang lagi macam haram. So bila Man Utd kalah dengan Blackpool misalnya, mereka akan membahan fans Man Utd secara kaw kaw. Sudah pastinya bila team mereka kalah kita tak cakap banyak,nama pun team underdoggg EPL. Jadi mereka akan selamat daripada sebarang cacian dan makian. Tapi apabila diteliti line-up pemain untuk pasukan fantasy footballnya haram takda sorang pun pemain Stoke. Orang orang jenis ni memang licik dan haramjadah. Perlu lebih berhati hati di masa akan datang. Hah berbalik kepada part awek tadi. Kenapa perlu mem'poser'kan diri korang untuk menyukai bola sepak. Kenap korang fikir nanti bila lelaki fikir korang layan bola, so bagi diorang korang ni sporting la,chill la,cool la. Bole ajak lepak. Padahal time match korang langsung tak menjiwai match tu dengan penuh berseni. Kemon la. Just be yrself. Jap jap jap ni dah lari tajuk dah ni. Haa yang penting motif penulisan saya kali ini jelas. Jemn dah kepala taktau nak tulis apa. Perut dah lapa. Bersambung pada entri akan datang. Mungkinkah lagi 5bulan? 12bulan? 5tahun mungkin. Yang pasti entri lepas ini tidak akan berkisar tentang 'saya hilang teruna'. HikHikHik. Sekian wassalammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :)(:

Jan 10, 2011

Entry separa sedar 1

Ada la dalam sebulan lebih gua tak bukak blog gua ni. Menulis apatah lagi. Risau juga gua meninggalkan beliau keseorangan. Tetapi gua yakin,blog 'lost in transition' gua yang berumur lebih kurang 2tahun ni dah pandai jaga diri. Gua harap disepanjang pemergian gua, makan minum, berak cangkung blog gua ni tertanggung dengan baiklah hendaknya. Gua tengok beliau pun dah pandai buat kawan sepanjang pemergian gua. Gua harap beliau mengekalkan konsep 'caring and friendly' yang gua pernah terapkan suatu ketika dahulu pada beliau. So terima kasih la kepada sesiapa yang sudi 'follow' blog gua yang tak berapa nak hebat ni. Gua harap dengan adanya sokngan lu orang,blog gua mampu menyahut seruan kerajaan seterusnya merealisasikan harapan kerajaan agar blog blog yang wujud di Malaysia ini lebih berilmiah persis akhbar New Straits Times yang banyak merencanakan hal ehwal dan isu semasa dunia bukannya seperti H****n M***o yang kalau boleh pasal pemandu lori kahwin tiga pun nak dijadikan cerita taruk muka depan. Ok tutup cerita. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengikut, 'stalker', dan pelbagai lagi panggilan yang membawa kepada satu istilah, pembaca atau 'readers' sekalian. Sebenarnya gua pun tak tahu nak tulis apa. Idea langsung takde. Tapi seperti biasa,gua gagahkan jugak menulis. Idea boleh carik ape. Kejap bagi gua 5minit untuk berfikir.


To be continued.Bersambung..

Oct 31, 2010

A crown for every achievement

José Plácido Domingo Embil
(Plácido Domingo)

World's leading tenor. Conductor. Editor. Director. Mentor. Author. Universally beloved. While most would be content to excel in just one of these roles, he has mastered them all.

Oct 28, 2010

If I die young

Assalamualaikum pembuka bicara.

Malam malam ni seronok jugak kalau dapat lepak dengan Selena Gomez. Semenjak dia bergelar artis ni,payah betul nak jumpa dia,apatah nak ajak lepak sekali dekat mamak Assalam Setia Tropika. Gua ada text dia tadi,tak reply. BBM dia pun tak on. Tak lain tak bukan 'bizi' dengan si Justin Bieber tu la. Bukan gua tak warning, gua siap pesan macam ni lagi dekat dia, 'You lepas dah break dengan I, I tak kesah you nak 'date' mana2 lelaki, tapi jangan dengan si Justin tu. Dengan Sarip Dol yang menyamar kacau orang kat fb tu pun takpela,asal jangan dengan budak belum akil baligh ni.'Nampaknya Selena memang saja nak bikin gua sakit hati.Hmm dah lebih kurang sebulan jugak gua tak kontek dengan dia. Takpela. Yang dah berlalu biarkan pergi,gua pegang pada prinsip yang satu ni. Ok tinggalkan cerita pasal Selena Gomez. Beralih kepada tajuk yang lebih berilmu dan berwawasan.

Sebenarnya disaat menaip entry ni,gua pun tengah takde idea nak tulis apa ni. Tapi gua gasak nak tulis jugak,atas permintaan ramai. haha takboleh blah atas permintaan ramai. Bajet artis kate nye.
Hmm,pernah jugak gua terfikir apa akan jadik kalau kita mati masa muda ni ? Iskk bab bab amalan tak cukup takpayah cerita laa,memang ye pun. Bila cerita pasal benda ni,memori gua lantas kembali mengimbau peristiwa yang menimpa gua lebih kurang 2tahun sudah.

Hari Sabtu. Ade aktiviti KOKU di sekolah. Ayah kena 'supervise' student di Penang,macam biasa. Pagi tu sebelum ke sekolah, gua dan ibu ada sedikit perselsihan faham. Jadi gua pergi ke sekolah dengan perasaan marah kepada ibu kandung sendiri. Memang menjadi kewajipan dan rutin bagi gua sebelum memulakan perjalanan,gua akan membaca doa naik kenderaan. Kalau lu orang tak percaya,tanya la sape2 yang pernah naik kereta tak pun motor dengan gua. Pasti mereka akan mengiyakan 'statement' gua ni. Bukan apa,tapi benda ni yang di didik oleh parents gua sejak kecik. ( Benda ni je lah pun yang gua amalkan,yang lain.. +____= ) Tapi pagi tu disebabkan gua terlampau marah dan merasakan 'arguement' antara gua dengan ibu tadi adalah bukan salah gua,gua bedal je start motor terus ke sekolah. Habis aktiviti KOKU,dalam pukul 12.30 tengah hari,hujan boleh tahan lebat. Tapi gua ni jenis tak suka nak stay lama2 kat sekolah. Bukan jenis bila dah habis sekolah or KOKU,stay dekat gazebo sampai pukul 3-4 petang bajet berbual pelajaran dengan awek,tak pun BAJET MAIN PERANAN tolong2 cikgu KONON. Padahal nak tarik perhatian,tak pun mengampu cikgu. Benda benda macam ni budak kelas sastera macam gua tak buat,selalu benda benda macam ni dipelopori 100% oleh budak kelas sains,yang itu gua komfem.Gua cukup tak faham,mana mana gua pergi,budak kelas sains mesti nak BAJET MAIN PERANAN lebih. Ahh cukup. So gua pun pikir,gua pergi sekolah naik motor je,bukan macam budak cina kelas gua anak tokey pub pergi sekolah naik BMW 3series,steadyy. Kalau nak balik rumah memang tak lah,dengan tengah bergaduh dengan ibu,lagipun rumah gua boleh dikatakan agak jauh dari sekolah,bukan macam budak budak lain. Gua tengok budak lain pun dah ramai redah je hujan,so gua decide nak redah jugak. Hajat di hati nak lepak rumah Padil sementara tunggu hujan renyai.

So gua dengan Padil pun gerak laa. Si Padil ni pun satu,dah tahu hujan boleh tahan lebat,dia boleh gasak bawak motor laju laju. Gua yang enggan mengaku kalah pun kejar la dia. Sampai satu selekoh,gua tanpa menoleh kiri kanan gua terus pecut. Tiba tiba 'boommmmmm'
Gua terbaring atas jalan raya, 'visor' helmet gua tercabut,gua boleh nampak motor gua meluncur lebih kurang 10meter di hadapan gua. Sebuah kereta Perodua Kancil dipandu oleh seorang apek mabuk telah melanggar gua. Nasib baik Kancil beb,kalau Porshe Cayenne? Fuhh. Gua taknak jawab. Lu orang pikir la sendiri. Cina tu kelam kelibut keluar kereta. Gua tengok dia macam tengah rushing. Dia hulur RM20 dekat gua. Gua yang kepala tengah blur,tiba tiba rasa macam pekak kejap,tengok kiri kanan berdesing je bunyik dalam telinga,gua main ambik je tak banyak bunyik. Tempat kejadian tu agak dekat dengan sekolah gua. So memang ramai la budak tengah tunggu bas kan. Diantara ramai ramai budak tu,TAKDE SORANG PUN BUDAK MELAYU datang dekat gua,tolong angkat gua ke ape. Sebaliknya,sekumpulan budak india yang datang angkatkan motor gua,kutip sisa sisa cover set motor yang dah pecah dekat jalan. Itu pasal 'time' dekat sekolah dulu,gua kamcing dengan budak India kelas gua. Perangai diorang bukan macam orang Melayu.hampeh! Padil yang perasan agaknya akan ketidakadaan gua tiba tiba muncul. Dia tolong tolak motor gua bawak pegi rumah Ayien. Dia tanya gua, 'berapa cina tu bagi kaw?' gua cakap RM20. 'ehh kaw bodoh,ingat die langgar anak ayam ape?lincah gi kejar mintak lagi rm100' gua pun ape lagi,pecut motor Padil kejar cina tu,tahan dia tepi. gua mintak la RM100,dia cakap dia takde duit,dia bagi rm60 je. Gua tengok pun macam kesian je,malas nak mintak lebih2. biasalah,dalam hati gua kan ada taman.

Lepas accident tu,gua duduk terpikir sejenak. Kalau gua arwah tadi,dengan dosa yang menimbun,tak sempat mintak maaf dengan ibu ayah,perghh. Nasib baik Allah still bagi gua kesempatan. Alhamdulillah. Ok mates,that's all for this entry. Adios!

*Gua tengah layan lagu If I die young - The Band Perry, layan jugak lagu jiwang ni!HAHA
Tapi jangan ikut nyanyi,lirik dia syirik tu.entah entah freemason.hahaha