Jul 21, 2010

haisyyy

Dah lebih kurang seminggu gua bermastautin dekat JB ni.tapi dalam masa seminggu tu,gua ingat tk sampai 10 saat gua jumpa sama bapak gua. Lu orang bayangkan la,gua sampai di JB hari tu hari khamis pukul 6petang,masa tu dia dekat KL. kalau perkiraan gua tk silap,dia balik JB hari jumaat malam.tapi malam tu pulak gua keluar jalan pusing satu JB.pukul 4pagi baru gua balik rumah gua ingat. So bila gua bangun 'time' tu gua ingat 12.30pm(Sabtu). Gua keluar bilik tengok bapak gua dah pakai smart2 siap2 nak pegi Penang pulak. Sampai la sekrang ni,hari Khamis 1.03am...


***Kadang2 gua rindu jugak bapak gua***

Jul 18, 2010

Hepi Besday buat gua

Besday gua tahun ni memang barai. gua pn tk tahu kenapa gua cakap macam ni tapi memang barai habis.dalam erti kata lain,'rare'. gua ingat pihak kerajaan dah boleh start bagi subsidi untuk bakal bakal pemimpin masa hadapan seperti gua dan rakan rakan untuk sambut besday,bru la 'in'. Ini tk,kesian member2 gua turun jauh jauh datang JB nak celebrate besday gua. ape2 hal pun gua nak ucapkan terima kasih kepada Gagasan Pertubuhan Syaitan Batu Pahat sebab sanggup turun all the way from BP to JB semata2 meraikan hari lahir gua. FAIQ,PUA,WAN SYUK,HAZIQ,SAYO,KITOL dan member setaman dan se'frame' gua EPUL dan SHAH.What a great night we had,right ?Gua terharu jugak sikit sikit.tapi gua tk menangis,sebab hati gua kental.HEHEHE.


***Gua ingat la kan,'solid' jugak kalau ada orang bagi gua hadiah besday seluar SUBZERO ke, shirt CALVIN KLEIN ke,sling bag SUPREME ke,dll.'pihak berwajib' yang terasa dengan penyataan ni sila ambik port ye.naik cuti gua claim.**

Jul 16, 2010

19th

Selamat Ulangtahun sayang
Si pendek berdahi luas :D

Jul 13, 2010

Elaun ?

Selaras dengan kenaikan harga rokok dan penghapusan kotak 14batang gua ingat pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu kaji dan buat satu kertas kerja menaikkan elaun pelajar pelajar asasi IPTA. Lu orang tk rasa macam tu ke ?


**Gua ingat esok gua nak submit memorandum berkaitan hal ni**

Jul 4, 2010

Siapa tak nak hidup senang ?

Dalam arus permodenan yang kian pesat berkembang ni,siapa berani cakap duit tk penting ? Duit, pitih, ongkos dan apa lagi korang panggil. Sangat penting. Duit,kehidupan senang,korang rase bermula dari mana ?mungkin 1/10,000 tk memerlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya hidup senang. Contohnya, David Beckham. Bapak dia cuma seorang tukang paip. Tetapi disebabkan dia mempunyai bakat bermain bola yang 'outstanding' yang tk bnyak dimiliki oleh pemain lain pada ketika itu , telah menjadikannya sebagai antara orang terkaya di United Kingdom sekarang ditambah dengan kerjaya beliau sekrang setelah bersara dari karier bolasepaknya sebagai model Emporio Armani. Kelebihan la tu dekat dia sebab muka hensem. Tkkan la nak ambik Ronaldinho jadik model spender.siape nak beli kalau mcam tuh ?HAHA. Aku ingat lagi masa aku darjah 1 dulu,masa tu jersi Man Utd sponsor dia Vodafone.Free-Kick Beckham,perghh!! memang tkde orang lain bole buat laa time tuh. Kalau main game FIFA kt PS1 masa tu,accuracy free-kick dia pun ada dalam 95% aku ingat. Dah,cukup la cerita pasal bola.lari tajuk sngguh. Aku da malas nak sembang bola berikutan kekalahan pasukan feveret,England dan Portugal di pusingan kedua.dog.HAHA. Main point aku dekat sini , bukan semua orang dalam dunia ni boleh jadik kaya macam tuh je. Aku nak cerita pulak tentang orang terkaya di Malaysia suatu ketika dahulu,Lim Goh Tong yang kekayaannya ketika dia mati dianggarkan USD 4.2 billion bersamaan RM14billion dan dijangka 'increased rapidly' tahun ke tahun. Kalau korang semua pergi Johor Bahru,try tnya penduduk setempat 'Rumah Hijau depan Pantai Lido' ,yang tu kepunyaan salah seorang anak kepada taikun Genting Highland ni. Aku tk thu nak describe macam mane punya besar rumah dia. BAPAK BESAR, BAPAK MEWAH , BAPAK JAKUN SETIAP KALI AKU LALU SITU.HAHA. Dah2,mengarut lagi. Lim Goh Tong ni masa dia datang Malaysia pada tahun 1940 tk silap aku,beliau cuma bawak 20sen(serius,ni bukan lawak). Masa mula2 datang Malaya sebagai imigran asing yang langsung tk tahu berbahasa Melayu,beliau bekerja sebagai tukang kayu. Kalau ikut sejarah, beliau ni memang kuat berjudi. Korang tengok la sendiri Las Vegas Malaysia dekat Genting tu dia bikin.HAHA. Bnyak lagi liku-liku kehidupan beliau sebelum bergelar orang terkaya Malaysia dan antara orang terkaya Asia. macam2 kerja beliau buat sebagai seorang orang aisng dan tidak mempunyai pelajaran sebelum berjaya membina empayar Genting Highlands tu. Boleh ek orang asing berjaya di tanah kita sendiri ?


Kisah2 dia aku baca kt Forbes magazine yang bapak aku langgan tiap2 bulan.Kalau Reader's Digest ke News Weekly magazine ke memang sngat boring. Tapi bila Forbes, memang komfem khatam. Aku suka baca kisah orang kaya yang rata2 berasal dari keluarga susah dan tidak berpelajaran. Contoh pengasas IKEA, Ingvar Kampard,orang terkaya di Filipina, Henry Sy, Mukesh Ambani,orang terkaya di India dan ramai lagi.paling aku suka kalau edition yang ada '40's Asia's richest man' , '40's Europe richest man' ,'Top 400 billionaires in the world' keluar la muka2 J.K Rowling,penulis buku Harry Potter, Jimmy Choo, Pembuat kasut berjenama terkemuka, Donald Trump yang nampak macam Top 10 orang paling kaya padahal in realiti ranking dia ada dalam 200 plus macam tuh. tengok Bill Gates,rilek jea low-profile. tapi still respek la sama Donald Trump, anak dia Ivanka Trump tu pun boleh tahan cutting body dia.keh keh keh.

Main point aku dekat sini, dalam berbilion2 orang di dunia ni,hnya yang betul2 'outstanding' boleh dapat income yang 'outrageous'. bagi orang biasa, dari perspektif rakyat Malaysia ni ,cukuplah sekadar result memuaskan dalam SPM, boleh sambung belajar then genggam segulung ijazah ,dapat kerja baik baik , boleh carik wanita solehah buat bini ,ada anak 3-4 orang kerja kerja kerja sampai pencen rehat duduk dekat rumah. Kan ?Ye memang ade target nak jadik orang kaya ,target bisnes tip top cita cita nak kalahkan dR Rozmey tapi, bukan semua yang dirancang akan menemui kejayaan,kan ?bagi aku sendiri,berbaloi la pendidikan yang menjadi pemangkin hidup aku sehingga ke hari tua. Masa kecik2 dulu lepas dapat result UPSR yang sangat cemerlang,ada jugak cita2 nak sambung belajar jauh2 macam mak bapak aku.rasa diri pandai gila2 tu boleh result semua A.tapi start form 3 baru aku sedar,orang pandai ni kalau malas belajar pun boleh jadik bebal manakala orang otak lembab ni kalau diasah otaknya ,boleh mengalahkan orang yang pandai ni. Bapak aku selalu ingatkan tu. result SPM aku pun tk berapa nak best ,boleh la sekadar cukup2 makan untuk melayakkan aku menjejakkan kaki ke menara gading ni. Kadang2 rasa menyesal pun ada,lagi2 time PMR. Walaupun result SPM aku lebih kurang bebal macam result PMR jugak tapi aku agak berpuas hati sebab aku belajar time SPM. time PMR pulak,aku rase diri aku ni dah cukup terlampau bagus sampai tk study sikit pun.bajet pandai sngat.sekali keluar dewan menangis bajet menyesal gila babi tu.tengok member2 yang sekali fly,hisap rokok sama2 dulu smua dapat 9A.Dan dari Kluang ke JB tu yang lebih kurang 1jam setengah perjalanan,tk habis2 aku kene lecture free oleh dua orang lecturer Engineering UTM Skudai. Tapi 1 quote bapak aku time tu yang aku tkkan lupa dan pegang sampai bila2 'what makes a differences between a 35 year old engineer and security guard is not his physical nor appearance.but his brain.both possess same educational opportunity to study,yet one's desire to be successful'. Sekali bapak aku dah keluar quotable qoute dia mengalahkan lecturer TESL korang tau. Sejak dari tu baru aku sedar orang pandai tk semestinya pandai sampai bila2,dan orang bebal tk semestinya bebal sampai bila2.lagi2 sekarang ni,peluang belajar bersepah2. agak2 tkbole 'go' dengan teori, praktikal ada.Welding , Electrical Technician dan macam2 lagi. semua bergantung dekat kita je,nak ke tknak ubah nasib diri kita ni.

Macam parents aku, tiada yang lebih penting bagi diorang melainkan education.Education comes first kate bapak aku. Sampaikan dulu bapak aku pernah cakap macam ni, 'kalau abang tk dapat sambung belajar dekat IPTA ,that's it. Pack your things and don't ever come home' . Dan bapak aku ni dia punya tegas,kalau dia cakap,dia buat bhaii.korang bayangkan la macam mana aku punya takut time tuh kan. N mase aku check status permohonan UPU tu,aku rasa macam nak nangis gila2 boleh dpat UiTM , Kos Asasi pulak tu. Kalau level2 macam aku ni ,da cukup pandai la tuu dapat masuk UiTM. Dahla kelas akaun,budak sastera lagi tuh. Ili pun bukan main sedap kutuk budak sastera kan ?last2 thu aku budak sastera gelabah dia tukar topik perbualan. Ye aku akui,pada pandangan rata2 korang, budak sastera ni tk lebih dri budak bodoh,mat rempit,budak jahat kat sekolah dulu kan ?even ade 1 time kt kelas tu,ade classmate aku ni dengan sedap mulut dia je kutuk budak sastera. tkde sensitiviti langsung. Ape kaw ingat dalam kelas tu smua budak SBP,MRSM dan aliran Sains. ni ade terselit aku sorang budak sastera ni. Korang yang 'gempak' sngat tu ambik aliran sasins fizik,kimia,apa lancao lgi tk guna pun time belajar sekarang kn ? belajar LAW, sastera jugak kan ? lain kali jngan kutuk sngat.HAHA.

Mak bapak aku tk pernah kutuk aku ambik kos sastera ni. kalau dulu aku ambik vokasional pun aku ingat diaorang tk kesah,asalkan belajar katanya. Rezeki Allah tu kan ade kat mane2. So jngan bajet bagus sngat ye Budak Science stream sekalian. Lagi satu, who says career as lecturer is easy ?ye ramai yang tk thu cakap mcam tu sebab ade 'certain' lecturer yang cuma walk in to lecture hall bukak slide dan cakap 'ok,u can read it on your own'.sumpah aku sendiri pun bengang perangai lecturer yang macam ni kan.memburukkan nama insan bergelar lecturer 1, lagi 1 student pun payah la macam ni.subjek yang sepatutnya jadik interesting boleh jadik sgat 'dull' disebabkan pengajaran beliau yang 'certain' student cakap, 'kalau macam ni la kerja lecturer',aku pun bole jadik lecturer'.haa bak datang la senang kan nak jadik lecturer. Bawah ni aku nak cerita sikit betapa susahnya nak jadik lecturer.

Mak aku dulu, Bachelor in Electrical Engineering Honorary First Class Degree University of Evansville,Indiana,USA. Master in Mechanical Engineering University of Warwick,United Kingdom( mak aku tukar course dari Electrical ke Mechanical sebab ikut bapak aku yang time tu mengajar kat UTM Skudai. Mak aku asalnya mengajar di UTM KL). PhD mak aku pulak Doctor of honorary degree Universiti Teknologi Malaysia(1 month attachment dekat University Of Edinburgh,Scotland). And research mak aku yang membolehkan beliau bergelar Prof Madya adalah berkaitan mesin yang berkitan dengan penanaman pokok cili yang dibentang di Tunisia dan Turkey. Dan student2 degree mak aku yang dari Kolej Matrikulasi set2 pointer 3.8 - 4flat sebab sekarang mak aku mengajar 'pure engineering'.korang bayangkan la kalau dah 'pure mathematics' dah macam nak gila belajar dia, 'pure enggineering' macam mana gamaknye ye ?And as for my father, he posses Bachelor in Mechanical Engineering University of Evansville(same university as my mom) and Master pun sama dekat Warwick University,UK.cuma PhD beliau fully dekat UTM tkda attach mana2 universiti luar negara. And as for research yang membolehkan bapak aku bergelar Prof Madya, aku tk ingat research on what but something to do with mechanical industry kot sebab bapak aku mengajar subjek tu. Student2 master dan Phd bapak aku pun lepas graduate bukan calang2 orang kalau bukan engineer Petronas engineer Kilang besar2. Bapak aku pun sering dipanggil untuk memberikan ceramah EHS(environmental,health and safety) under NIOSH(National Institute of occupational safety and health), ASQ(American society for quality) PUSPATRI(Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor ) and banyak lagi. Kalau sejam rm200 company bayar.tu sejam.kalau 'talk' tu dari pukul 9pagi-5petang ?haa kira sendri. Niat aku bukan nak gebang apatah lagi bermegah dengan kejayaan orang tua aku,tapi aku sedikit terkilan dengan pemikiran student2 yang jadik lecturer tu senang.wtf ?! Amacam ?still on that stereotype thinking 'semua orang pun boleh jadik lecturer ?

And back to the main topics , aku rasa tiada apa yang lebih penting melainkan pelajaran untuk menjamin masa depan dan hari tua kita. Nak hidup senang ?pakai barang branded2 ?rumah besar2 ?kereta besar2 ? belajar.belajar.dan belajar.insyaallah,rezeki Allah tu ada kat mana mana.
Akhir kata, "menuntutlah ilmu sampai ke negeri China". Yess aku akui aku bukan la seorang yang berjaya dalam akademik pun,tapi ni blog aku kan ?suka hati aku la nak tulis apa pun.WAKA WAKA.