Aug 26, 2010

Entry tengah puasa

Assalamualaikum.HEHE.alhamdulillah,sehingga ke hari ini,puasa aku masih "full". meskipun banyak dugaan menimpa,tapi disebabkan semangat yang kental dan jati diri yang kuat, aku tolak tepi nafsu yang bergelora dan bersandiwara.HAHA.aku harap iman aku masih kuat untuk menghadapi lebih kurang 13hari lagi berpuasa,meskipun peluang nak 'survive' puasa masa dekat JB nnt sangat tipis. Kalau mengikut perkiraan, tk sampai seminggu lagi tamatlah riwayat pembelajaran aku di sini,di bumi Merbok yang indah ini. Banyak sangat episod kenangan aku sepanjang berada di bumi antara pengeluar padi terbesar di Malaysia ini,sama ada yang pahit mahupun manis,yang suam suam kuku mahupun panas. Jikalau diberi peluang untuk menulis novel kisah kehidupanku di bumi Merbok ini,alamatnya kalah la novel cinta "Permata yang Hilang" mahupun "Harry Potter". sungguh puitis. Dan 2minggu terakhir ni merupakan 2minggu tersibuk bagi rakan2 seperjuangan aku. al maklumlah nama pun budak "Pre Law", ada saja assignment mahupun on going assesment yang perlu kami lengkapkan. Test2 dan quiz2 yang membuatkan aku terpaksa mengorbankan hobi kegemaran iaitu berFB. Tapi tkpela,ini semua untuk masa depan aku jugak.


Belum pun habis kuliah mahupun final exam,benak fikiran aku ni sudah memikirkan apa yang akan aku lakukan masa cuti sem nanti. Mungkin aku akan bekerja sama macam cuti semester yang lepas. 3bulan memang waktu yang sangat panjang. Aku memang jenis yang tidak suka terperap di rumah tanpa melakukan apa2. Sekurang2nya bila aku bekerja nanti,dapatlah aku menjana pendapatan sendiri sekaligus membantu perkembangan ekonomi Malaysia ni. Aku rasa pada umur seperti aku ni, dah tk relevan rasanya nak mengharapkan duit 'parents' aku,mengharapkan mereka menanggung aku 100%,meskipun aku belum lepas daripada tanggungjawab mereka. Dalam masa yang sama, aku belajar sendiri erti berdikari. Kalau boleh,aku nak bercampur dengan semua orang. Dari golongan atasan mahupun golongan bawahan. Bercampur dengan pekerja kilang mahupun pekerja professional,pekerja kerajaan mahupun yang bekerja sendiri.berkolar putih mahupun berkolar biru. Ini membuatkan pandangan aku lebih meluas. Disini lah aku dapat melihat warna warni kehidupan yang tk selalunya indah. Dan dari sini lah aku mula berfikir apa nasib aku 10,15 tahun yang akan mendatang. Mungkinkah tempat aku di pejabat2 yang berhawa dingin,waktu kerja 9.00 am - 5.00 pm,berbaju kemeja bertali leher, berseluar 'slack' licin,kasut kulit dan membawa 'suitcase'. ataupun mungkin aku akan bekerja sendiri,tiada majikan yang mengarah aku membuat kerja.ataupun,mungkin aku akan menjadi billionair persis Bill Gates mahupun Warren Buffett. ahh semua itu sudah pun lama bermain di kotak fikiran aku. Aku akan berusaha bersungguh pastinya untuk memastikan cita cita aku ni bukan sekadar angan angan Mat Jenin. Walaupun yang 'part' menjadi billionair tu agak melampau.HAHA. tapi siapa tahu,rezeki manusia. Kalau Allah nak bagi tu,dekat siapa2 pun Dia boleh bagi,kan ?

Ya,mungkin sebab aku dah tk dapat nak sambung degree LAW, tak bererti masa depan aku akan terus gelap. Mungkin rezeki aku bukan di sini. tapi apa2 pun,aku takkan berhenti belajar untuk menggenggam segulung ijazah,sebab tu yang aku dah janjikan dengan 'parents' aku. Kalau nak kata ambik 'course' ni tkda kerja,ambik 'course' tu skop pekerjaan tk meluas memang payah la kan. Siapa kita ni nak cakap benda2 macam tu ? layak ke kita nak perlekehkan course2 yang macam tu ? rezeki tu kan datang dari Allah bukan dari manusia yang hina macam kita ni. Mujur lah 'parents' aku sudah boleh menerima kenyataan yang aku ni tk boleh nak sambung degree LAW walaupun pada mulanya mereka agak tidak bersetuju. Aku sangat bersyukur dikurniakan 'parents' yang 'understanding' ni.

Sebenarnya,aku pun tk tahu apa motif aku tulis panjang2 ni.mungkin nak hilangkan rasa bosan duduk terperap dalam bilik ni,jadi aku nukilkan apa yang terbuku dalam otak aku ni. Till then, Assalamualaiikum...

Aug 7, 2010

Entry awal puasa

Gua malas nak update blog pasal puasa,sebab semua orang pun update blog pasal puasa.tak 'rare' la.blog 'lost in transition' gua ni masih mengekalkan kualiti entry2 'rare',itu pasal gua jarang2 update blog.


Tanya,muhasabah diri sendiri. Kenapa kita suka cakap buruk pasal orang lain ?

1 - Sebab orang tu perangai memang macam gampang!tk layak panggil orang pun

2 - Sebab kita rasa 'jealous' tengok orang tu lebih sikit dari kita(dari sudut pemakaian,kewangan dll) kira tkbole tengok orang lain lebih sikit dari kita

3 - Sebab memang dalam diri kita ni perangai memang macam gampang.hati busuk.mulut longkang.Sehari kalau tk burukkan orang lain boleh jatuh sakit

Kadang2 kita nak bajet 'hero',tegur orang sana tegur orang sini yang buat salah,tapi dalam masa yang sama,teguran kita tu sebenarnya bukan bertujua murni pun,lebih kepada 'personal attack' terhadap seseorang tu. Kira macam ni la,kita tk puas hati dengan seseorang tu tapi mungkin tidak punya rasa berani nak luahkan ketidakpuasanhati tu dekat seseorang lantas kita mencari 'slack' seseorang tu.dah dapat satu kita hentam habis2.tk faham ?ok gua bagi contoh;

Ali seorang yang gemar memakai 'short pants'. So hampir kesemua gambar di dalam laman sesawang 'Friendster'nya gambar dia memakai 'short pants'. Abu merupakan rakan yang tidak berapa rapat dengan Ali. Abu ni memang ada sedikit tk puas hati dengan Ali,atas sebab apa pun tk tahu la.mungkin salah satu antara 3sebab yang telah gua terangkan kt atas tu. So Abu ni pun bertindak menghentam la Ali ni kata "masuk neraka kaw pakai sluar pendek ni.tk baik la apa la budaya barat la blablabla". Padahal pada masa yang sama semua kawan2 si Ali ni pakai seluar pendek,abang2 dia,kira orang2 yang rapat dengan dia semua pakai.tapi disebabkan dia ada rasa tk puas hati dengan si Abu ni,dia bertindak mem 'personal attack' si Abu ni.

Sekarang faham kn maksud gua ? Ibarat peribahasa Karam Singh Walia, 'Gajah depan mata tk nampak, Kuman 10kilmeter boleh nampak'. Tolong la bagi sesiapa yang terasa, gua tk pernah nak anggap lu musuh gua pun,apatah lagi nak cakap belakang pasal lu. Bila lu bikin gua macam ni,nak tengok muka lu pun gua jadik mual.