Apr 29, 2010

'up'

ibarat kata FS,benda jadah budak2 baruu nak up nih.gua main bedal tekan2.lu orang jgan segan2 nk tnya gua benda2 da perihal berkaitan diri gua.jgan risau,gua tk makan orang mahu pun pelurus rambut.gua cuma makan nasik dan ikan bakar.haa tnya2 jgan segan2..


Apr 21, 2010

lagi kisah 1Malaysia

petang semalam time dekat smoking area tempat kilang gua kerja ade la sorang 'macha' ni duduk sebelah gua.tiba2,tk memasal dari corong 'speaker' telefon bimbit 'macha' tu kedengaran lah lagu 'Wali Band-Cari Jodoh'.gua agak terkesima kejap.gua respek sama ini 'macha'.jarang jarang gua tengok 'macha2' dengar lagu Wali Band.walaupun Wali Band ni band dari Indonesia,tapi ok what.kan kan ?haha.

hari lain punya cerita,gua lepak kt 'break area'.gua baru nak 'feeling' nak baring2,ade sorang lagi 'macha' ni telefon bimbit dia brbunyi.ada mesej agknya.skali pndang gua tengok 'macha' ni macam brutal,rambut 3kaler,ada tatu siap kt tngan.skali ringtone lagu 'Tak Bisa Memilihmu' la pulak.tkpa,biar muka brutal,janji dalam hati ada taman.fuhh.nmpaknya 'macha2' kt tempat kerja gua semua menyahut seruan Perdana Menteri kita tentang gagasan 1Malaysia.gua salute.gua rasa gua dah boleh start layan soundtrack2 filem tamil.
kehkehkeh..

p/s;tapi sekarang gua tengah pelik bila dengar orang bagi salam 'Salam 1Malaysia'.lu orang jawab mcam mana ek ?sebab kalau gua,gua jawab waalaikumussalam1Malaysia.ada betul tk ?

Apr 17, 2010

1Malaysia,1concept car

sapa cakap kereta Malaysia tak stail meh sini aku 'hijack' kepale bapak die

p/s; sepuluh tahun kendian,gua saspek pak halimin jual air soya dan tebu tepi sekolah rendah tu pun boleh bergaya dengan kereta ni.apa ada hal 1malaysia.kah kah kah.

**1 je beb,boleh tk bila jejak 3tahun je cermin tingkap automatik kereta Proton dan Perodua tk jam ??!!tk style laa kereta da tiptop gini cermin tingkap rosak.sebab tu la perokok tegar di Malaysia jarang menggunakan kereta tempatan.esok petang gua usulkan perkara ni dekat kementerian dan pihak berwajib**

Apr 14, 2010

cr'A'ck sial haha

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi airbatu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di
Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Apr 8, 2010

antara gua,CGPA, dan pointer

**gua rase sekarang gua da boleh kejar cita cita gua suatu ketika dahulu iaitu bukak sebuah tempat futsal.tak pun snuker.gua da malas terkejar2 Johor Bahru-Sungai Petani-Johor Bahru.nampak usaha yang gua tampilkan selama ni macam tkde guna.**


***YA ALLAH,AKU TIDAK PERNAH BERNIAT MERUNGUT TERHADAP REZEKI ENGKAU PADAKU,JAUH SEKALI MEMPERTIKAIKAN QADA' QADAR MU.JIKA INI BALASAN KEPADA DOSA2 KU MASA LAMPAU,AKU TERIMA SEADANYA YA ALLAH.SESUNGGUHNYA AKU MEMANG BANYAK BERDOSA PADAMU YA RABBAL 'ALAMIN***

Apr 7, 2010

register course

BEL 332-PL3D
BEL 342-PL3C
MTC O87-PL3C
MTC O88-PL3C
MTC O99-PL3D

**untuk last sem ni,gua nak 'rare' sikit berbanding sem2 yang lepas.itu pasal gua campur2 kelas.**

Apr 3, 2010

hilang

selang beberapa jam kematian pelawak terkenal arwah din beramboi,rabbit peliharaan gua didapati hilang dan tk balik2 rumah.gua dan seisi keluarga da mula risau.semoga beliau dalam keadaan baik la hendaknya