Oct 28, 2010

If I die young

Assalamualaikum pembuka bicara.

Malam malam ni seronok jugak kalau dapat lepak dengan Selena Gomez. Semenjak dia bergelar artis ni,payah betul nak jumpa dia,apatah nak ajak lepak sekali dekat mamak Assalam Setia Tropika. Gua ada text dia tadi,tak reply. BBM dia pun tak on. Tak lain tak bukan 'bizi' dengan si Justin Bieber tu la. Bukan gua tak warning, gua siap pesan macam ni lagi dekat dia, 'You lepas dah break dengan I, I tak kesah you nak 'date' mana2 lelaki, tapi jangan dengan si Justin tu. Dengan Sarip Dol yang menyamar kacau orang kat fb tu pun takpela,asal jangan dengan budak belum akil baligh ni.'Nampaknya Selena memang saja nak bikin gua sakit hati.Hmm dah lebih kurang sebulan jugak gua tak kontek dengan dia. Takpela. Yang dah berlalu biarkan pergi,gua pegang pada prinsip yang satu ni. Ok tinggalkan cerita pasal Selena Gomez. Beralih kepada tajuk yang lebih berilmu dan berwawasan.

Sebenarnya disaat menaip entry ni,gua pun tengah takde idea nak tulis apa ni. Tapi gua gasak nak tulis jugak,atas permintaan ramai. haha takboleh blah atas permintaan ramai. Bajet artis kate nye.
Hmm,pernah jugak gua terfikir apa akan jadik kalau kita mati masa muda ni ? Iskk bab bab amalan tak cukup takpayah cerita laa,memang ye pun. Bila cerita pasal benda ni,memori gua lantas kembali mengimbau peristiwa yang menimpa gua lebih kurang 2tahun sudah.

Hari Sabtu. Ade aktiviti KOKU di sekolah. Ayah kena 'supervise' student di Penang,macam biasa. Pagi tu sebelum ke sekolah, gua dan ibu ada sedikit perselsihan faham. Jadi gua pergi ke sekolah dengan perasaan marah kepada ibu kandung sendiri. Memang menjadi kewajipan dan rutin bagi gua sebelum memulakan perjalanan,gua akan membaca doa naik kenderaan. Kalau lu orang tak percaya,tanya la sape2 yang pernah naik kereta tak pun motor dengan gua. Pasti mereka akan mengiyakan 'statement' gua ni. Bukan apa,tapi benda ni yang di didik oleh parents gua sejak kecik. ( Benda ni je lah pun yang gua amalkan,yang lain.. +____= ) Tapi pagi tu disebabkan gua terlampau marah dan merasakan 'arguement' antara gua dengan ibu tadi adalah bukan salah gua,gua bedal je start motor terus ke sekolah. Habis aktiviti KOKU,dalam pukul 12.30 tengah hari,hujan boleh tahan lebat. Tapi gua ni jenis tak suka nak stay lama2 kat sekolah. Bukan jenis bila dah habis sekolah or KOKU,stay dekat gazebo sampai pukul 3-4 petang bajet berbual pelajaran dengan awek,tak pun BAJET MAIN PERANAN tolong2 cikgu KONON. Padahal nak tarik perhatian,tak pun mengampu cikgu. Benda benda macam ni budak kelas sastera macam gua tak buat,selalu benda benda macam ni dipelopori 100% oleh budak kelas sains,yang itu gua komfem.Gua cukup tak faham,mana mana gua pergi,budak kelas sains mesti nak BAJET MAIN PERANAN lebih. Ahh cukup. So gua pun pikir,gua pergi sekolah naik motor je,bukan macam budak cina kelas gua anak tokey pub pergi sekolah naik BMW 3series,steadyy. Kalau nak balik rumah memang tak lah,dengan tengah bergaduh dengan ibu,lagipun rumah gua boleh dikatakan agak jauh dari sekolah,bukan macam budak budak lain. Gua tengok budak lain pun dah ramai redah je hujan,so gua decide nak redah jugak. Hajat di hati nak lepak rumah Padil sementara tunggu hujan renyai.

So gua dengan Padil pun gerak laa. Si Padil ni pun satu,dah tahu hujan boleh tahan lebat,dia boleh gasak bawak motor laju laju. Gua yang enggan mengaku kalah pun kejar la dia. Sampai satu selekoh,gua tanpa menoleh kiri kanan gua terus pecut. Tiba tiba 'boommmmmm'
Gua terbaring atas jalan raya, 'visor' helmet gua tercabut,gua boleh nampak motor gua meluncur lebih kurang 10meter di hadapan gua. Sebuah kereta Perodua Kancil dipandu oleh seorang apek mabuk telah melanggar gua. Nasib baik Kancil beb,kalau Porshe Cayenne? Fuhh. Gua taknak jawab. Lu orang pikir la sendiri. Cina tu kelam kelibut keluar kereta. Gua tengok dia macam tengah rushing. Dia hulur RM20 dekat gua. Gua yang kepala tengah blur,tiba tiba rasa macam pekak kejap,tengok kiri kanan berdesing je bunyik dalam telinga,gua main ambik je tak banyak bunyik. Tempat kejadian tu agak dekat dengan sekolah gua. So memang ramai la budak tengah tunggu bas kan. Diantara ramai ramai budak tu,TAKDE SORANG PUN BUDAK MELAYU datang dekat gua,tolong angkat gua ke ape. Sebaliknya,sekumpulan budak india yang datang angkatkan motor gua,kutip sisa sisa cover set motor yang dah pecah dekat jalan. Itu pasal 'time' dekat sekolah dulu,gua kamcing dengan budak India kelas gua. Perangai diorang bukan macam orang Melayu.hampeh! Padil yang perasan agaknya akan ketidakadaan gua tiba tiba muncul. Dia tolong tolak motor gua bawak pegi rumah Ayien. Dia tanya gua, 'berapa cina tu bagi kaw?' gua cakap RM20. 'ehh kaw bodoh,ingat die langgar anak ayam ape?lincah gi kejar mintak lagi rm100' gua pun ape lagi,pecut motor Padil kejar cina tu,tahan dia tepi. gua mintak la RM100,dia cakap dia takde duit,dia bagi rm60 je. Gua tengok pun macam kesian je,malas nak mintak lebih2. biasalah,dalam hati gua kan ada taman.

Lepas accident tu,gua duduk terpikir sejenak. Kalau gua arwah tadi,dengan dosa yang menimbun,tak sempat mintak maaf dengan ibu ayah,perghh. Nasib baik Allah still bagi gua kesempatan. Alhamdulillah. Ok mates,that's all for this entry. Adios!

*Gua tengah layan lagu If I die young - The Band Perry, layan jugak lagu jiwang ni!HAHA
Tapi jangan ikut nyanyi,lirik dia syirik tu.entah entah freemason.hahaha

6 cacian:

N@biL said...

lu apsal sebut2 freemason..x tau ke aq n aim adun freemason cawangan ipoh n shah alam..kuang asam tol lu..hahhaa

azmy shafiq said...

cehh main2 la kaw freemason wehh.haha

N@biL said...

x cayer lak..tuh pasal tiles toilet umah aq n aim..itam putih..warna rasmi freemason tuh..tangga umah aim lak 13 tingkat..haha

azmy shafiq said...

ok FINE !
:D

FataMorgana said...

pernah rasa macam tu.. tp Allah masih bg kesempatan dalam kesempitan..

azmy shafiq said...

tulah kan.
Syukur kepada Dia