Oct 18, 2010

Interview gua

Interview gua tadi membawa seribu satu kisah tersendiri. Nak kata 'rare',lain dari yang lain,tak jugak. Tapi lecturer yang interview gua tadi ada pesan suruh cerita dalam blog tentang perjalanan interview gua tadi. Kira gua kena jugak cerita perihal interview gua tadi, sebab benda ni dah macam amanah pulak. Bila gua amanah,integriti dalam diri gua akan meningkat. Secara tidak langsung sikap sikap positif lain seperti jujur,menepati waktu,berhati waja, dan lain lain dapat diterapkan dalam hati nurani gua. Nampaknya gua tersasar dari tajuk lagi,macam biasa.



Interview gua pukul 2,pukul 11.30pagi gua dah bangun. Semangat punya pasal,apa ada hal bangun awal. Gua kalau bab bab masa depan ni,gua tak berkira mana.keh keh keh. Gua bangun2 gua terus kontek member gua yang ada interview sama kos dengan gua,tapi yang pukul 8 pagi punya. Dia pun cerita la gua kena carik info pasal IPRM, kena tahu current issues,and nama2 menteri kabinet. Dalam hati gua,'ahh kacang je ni. Adik gua Alin pun kalau diajar semua benda ni,mampu nak bagi penerangan tentang perihal ni. Dalam pukul 12 bapak gua call,dia cakap pukul 12.30 dia datang ambik gua. Gua pun lantas bersiap2 dan dalam otak gua sudah penuh ilmu ilmu tentang Public Relation. Semua ilmu LAW dalam kepala otak gua,gua campak tepi. Gua yakin,gua akan mengharungi rintangan onak berduri ni dengan penuh azam dan kecekalan. Persis tentera Trojan yang akan bergempur di medan perang,gua yakin segala keperluan sudah gua lengkapi.


Dalam pukul 12.45 bapak gua sampai. Kami makan tengah hari di MC Donald Tampoi. Fuhh,gua dengan bapak gua tak ubah macam rakan sekerja. Mana taknya, 'dress - up' gua dah lebih kurang bapak gua. Seluar slack,kemeja,kasut kulit. Cuma bapak gua tk pakai 'tie'. Gua complete. Macam orang kerja bank,bak kata Aaron. Tak kurang juga awek naik Mini Cooper S kenyit mata beberapa kali dekat gua,semua gua buat acuh tak acuh. Bukan apa,gua takut nanti time interview,skill bercakap gua hilang. Benda benda macam ni bukan sekali dua kena dekat gua,bak kata orang putih,'quite a few times' jugak. Benda benda remeh macam ni la orang Melayu kita selalu ambil mudah.


Gua sampai awal. Masa gua sampai tu,ada la dalam 3orang je baru sampai. Rata rata orang yang pegi interview ni umur dalam lingkungan 20-22. Disebabkan interview gua sesi petang,so budak tak ramai. Ada dalam 12orang je kot. Dalam pukul 2.10 sorang lecturer panggil semua masuk untuk ujian bertulis. Arahan dia simple,tulis apa yang kita tahu tentang cabang mass comm yang kita pilih(Public relation,Interpersonal,broadcasting,etc.),kenapa kita pilih kos tu,and apa sumbangan yang boleh kita bagi kalau kita diterima masuk kos tu(IN ENGLISH). Kod kos gua MC222.Fuhh,ni memang best part gua.2muka penuh gua tulis.Rase macam nak mintak kertas lebih je. Tapi nanti apa pulak kata orang. Tulah orang Melayu,pantang tengok orang lebih sikit,pasti nak mengata.Mentaliti..Mentaliti. Gua menjalani ujian bertulis tu dengan jayanya. Bapak gua banyak membantu gua masa dalam kereta on the way nak pegi interview tu. Gua rasa ilmu yang penuh dekat dada gua ni macam bertambah lagi 200% bila bapak gua hurai pasal Public Relation ni. Kalau gua nak cerita kat sini,memang tak habis satu malam la lu orang baca blog gua. Pemeriksa kertas ujian gua jugak yang untung pasal dia sorang je boleh baca apa yang gua tulis.Fuhh,makin tinggi 'level of confidence' gua ni. Tak sabar rasanya nak ditemuduga pulak.

Sesi temuduga tu dibahagi kepada 2bahagian. Bahagian gua,gua sorang lelaki. Lagi 5 orang semua perempuan,rata rata 'akak akak' yang dah part 6 diploma. Takde sorang pun budak diploma mass comm. Hanya yang ada,budak bisnes 4 orang,sorang budak LAW Kuantan. Yang bahagian lagi 1 tu pun,ramai budak form 6 je. Temuduga berlalu sorang demi sorang.Akhirnya,sampai pada giliran gua,yang merupakan calon terakhir hari tu.Jeng..Jeng..Jeng. Gua masuk,lantas bersalaman dengan 2orang interviewer gua,yang merupakan lecturer mass comm di Shah Alam. Takde hal,sebab kedua dua nya mempunyai jantina yang serupa dengan gua,iaitu jantan. So the interview goes like this, mula mula dia cakap 'tell us about yourself'. Then,dia tanya apa yang aku faham tentang Public Relation ni apa smua,gua pun kasik cerita la. Punya panjang gua membebel,hujung2 gua ada tergagap sikit. Lantas interviewer gua tanya 'Are you a shy or a confident person?'. Gua dengan yakin lantas berkata 'of course I am a confident person'. 'Ohh,so you are a confident person. Ok, now beside me is 'Saudagar Pintu',convince him to buy that door.' Sambil tunjuk dekat pintu bilik kuliah tu. Public relation is about promoting product by the way. So gua pun lantas dengan konfiden cerita sedikit demi sedikit.Memang mengarut.Nak jual pintu kayu.Gua hentam je dengan sedikit kebolehan merapu gua. Interviewer gua gelak. Dia cakap,'dah dah duduk duduk'. Lepas tu ada la sikit dia tanya pasal IPRM,sikit je.gua nak cerita lebih2 pun tkboleh,sebab takut out of topic. Dia just tanya what IPRM stands for,and who's the president. Gua bagai nak rak baca objectives,sejarah and banyak lagi tapi tak ditanye pun.Ciss. Ok last question for today,sebutkan rukun iman. Gua jamn. Tiba2 gua lupa semua. sambil gua tergagap gagap err err, interviewer gua cakap, 'ok call your father,ask him'. Gua cakap,'OK'. Gua call seseorang,tapi bukan mak gua,bukan bapak gua. 'Hello,rukun iman ape ha ?' 'aa 'Kepercayaan kepada tuhan,kesetiaan kepada raja dan negara' 'Tu rukun negara pentol,bukan rukun islam' 'ehh silap,beriman kepada Allah,beriman kepada rasul' 'tu rukun iman la!!' marah gua. Interviewer gua terdengar agaknya perbualan gua lantas dia cakap 'ni bukan call bapak ni,call orang lain ni'. Lepas tu yang sorang lagi cakap,'Haa saya takkan lepaskan awak selagi awak tk boleh bagi rukun islam'. Jamn.gua tiba tiba terlupa terus semua. Last2 orang yang gua call tadi hantar text dekat gua, 4rukun islam dalam keadaan berterabur.'Solat,haji,puasa,zakat',gua baca je apa yang tertera di skrin handset gua. Interviewer gua sound,'rukun negara kaw boleh bagi ikut turutan,rukun islam dah la tak ikut turutan,siap ade 1takde'. Gua tiba tiba rasa macam tak di interview pun. Yela kan tiba tiba semua bedal cakap Melayu pulak.HAHA. Lepas tu gua kena skooling sikit sikit,then dia bagi gua blah. Malu gila gua rukun islam pun gua boleh tak ingat.

So,moral of the story, walaupun kadang kadang kita rasa diri kita ni dah complete secomplete completenya,tapi sebnarnya masih ada kekhilafan,and the simplest thing could be our biggest mistake.haha.cheerss.

24 cacian:

Nor atau Nad said...

aku dengan ini megesahkan ko dpt kos ni...ahahaha
tp sumpah coolio org yg menemuduga nih..lalala~

azmy shafiq said...

HAHA tu lah.lecturer mass comm smua cool kot.best gila klu dapat kn.
doakan aku wehh. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hahahahaha, lawak ngat aihhh! Awat tak call aku?? Haha. ;p

azmy shafiq said...

Ha'a.ustazah rda.sumpah tk teringat wehh.aduhh.haha

Hazique Mirza said...

hahahhaha.....weyh bapak lawak siall!....
nseb bek la x suruh ko buat demo camne nak semayang dengan jayanya siap suruh bace surah sekali kan..kalau x...hikhik

azmy shafiq said...

amboi Haziq,bab2 melahar aku memang nmber 1.aku igt k ruku sembahyang,doa2 smua.haha

N@biL said...

giler r ko..kalo die tyer ko qunut..suda..qunut panjang qunut pendek r jawab nyer..hahaha

azmy shafiq said...

haha pun boleh.
qunutt.qunuutttttttttttttttttt

beruang said...

hmm..juz beware of anythin bro..

DOLCEshasha said...

apa la brader! rukun islam weyyyy!!! hahaha. mmg baguih moral of d story hang nih.

azmy shafiq said...

bear-tulah.benda kecik2 remeh2 ni yg kita buat main
Sha-hehe tibe2 jamn dhoo.dalam kepala bnyak sgt info pasal PR. :D

itu ATMA :) said...

Weyyy asl bleh lupa doe ? Hahaha. Tapi lawak doe interview utk masscom tp tanya pasal rukun Iman pastuh kau bleh lupaa. Ngahahaha

izzah said...

hahha...lawak duh!!
gudluck..moga dapat la apa yg dihajati yer.
:)

Liana Azmi said...

kalau la aku kat tempat kau time tu, soalan petama aku tanye interviewer tu ialah;

'rukun islam dgn rukun imam laen eh?'
HAHAHAHA

ok,aku nak kene tekan Google search rukun imam -____________-

FataMorgana said...

sumpah lawak, jamie!
adeh, gelak kekeh2 kat sini haa!
sporting giler interviewer tu, tak mcmm interviewere sayaa kat shah alam kelmarin, agak serius, siap tanya pasal budget 2011, economy, sistem pendidikan hadoii. nasib baik tak tanya physics ke addmath ke, memang nak kena la..

ooo ambik PR eh..goodluck taw! nnt result jgn lupa announce..

azmy shafiq said...

Atma-haha tulah kn.tk sngka kn ?alaa interviewer dia boring2 je tu kot

Izzah-Thanks.Amiiinnn

Lyana-HAHA ni pun mesti da tk igt rkun islam rukun iman ni kn.haha

Fatin-Alaahh kite pun kene jugak tnye benda2 mcm tu.jawab ikut dan je.tpi interviewer ni memang sporting sikit.haha

FS said...

haha betoi, hang patut call ustazah rda.

dapat punyalah! interviewer dah berkenan tu

azmy shafiq said...

FS-haha tu lah tk terpikir pulak kn.haha

Anonymous said...

huhu..umm2 cter yg ad moral yg bgus..xsia2 aku tunggu entry bru ko..hehe

azmy shafiq said...

haha thanks anonymus

Unknown said...

cobaan...buat jela apa yg termampu

azmy shafiq said...

HAHA thks usher :D

Anonymous said...

SUMPAH AK SKE BCE BLOG KO..THUMBS UP!

azmy shafiq said...

thanks =)