Jan 10, 2011

Entry separa sedar 1

Ada la dalam sebulan lebih gua tak bukak blog gua ni. Menulis apatah lagi. Risau juga gua meninggalkan beliau keseorangan. Tetapi gua yakin,blog 'lost in transition' gua yang berumur lebih kurang 2tahun ni dah pandai jaga diri. Gua harap disepanjang pemergian gua, makan minum, berak cangkung blog gua ni tertanggung dengan baiklah hendaknya. Gua tengok beliau pun dah pandai buat kawan sepanjang pemergian gua. Gua harap beliau mengekalkan konsep 'caring and friendly' yang gua pernah terapkan suatu ketika dahulu pada beliau. So terima kasih la kepada sesiapa yang sudi 'follow' blog gua yang tak berapa nak hebat ni. Gua harap dengan adanya sokngan lu orang,blog gua mampu menyahut seruan kerajaan seterusnya merealisasikan harapan kerajaan agar blog blog yang wujud di Malaysia ini lebih berilmiah persis akhbar New Straits Times yang banyak merencanakan hal ehwal dan isu semasa dunia bukannya seperti H****n M***o yang kalau boleh pasal pemandu lori kahwin tiga pun nak dijadikan cerita taruk muka depan. Ok tutup cerita. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengikut, 'stalker', dan pelbagai lagi panggilan yang membawa kepada satu istilah, pembaca atau 'readers' sekalian. Sebenarnya gua pun tak tahu nak tulis apa. Idea langsung takde. Tapi seperti biasa,gua gagahkan jugak menulis. Idea boleh carik ape. Kejap bagi gua 5minit untuk berfikir.


To be continued.Bersambung..

1 cacian:

FS said...

Takmau buat special entry pasal PANJANG SAYANG? Hahaha