Jul 9, 2011

Kotor!

Tipikal. Tidak mahu menerima perubahan. Takut untuk menerima perubahan,to be more precise. Itulah dia mentaliti orang Melayu. Bagi yang mahukan perubahan dikatakan penentang kerajaan,mengancam keamanan sejagat. Dimanakah kebebasan bersuara kita kalau begitu? Pada percaturan saya, Malaysia ini adalah negara demokrasi,bukannya komunis. Atau mungkin saya yang salah perkiraan? Masakan berdemo untuk dituntut dibersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Akses media bebas & adil, Masa berkempen minima 21 hari, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah, Hentikan politik kotor itu diishytiharkan sebagai demonstrasi haram. Dimanakah letaknya akal dan fikiran kita sebagai masyarakat minda kelas pertama? Menurut kepada kenyataan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, KERAjaan menggunakan 3M bagi memastikan kedudukan politik NEGARA KITA berada dibawah kawalan mereka. 3M itu ialah, Money,Media, dan Machinery. Kita sedia maklum dengan politik wang yang digunakan. Malahan perkara ini amatlah serius sehinggakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pernah member amaran sekeras kerasnya kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang menggunakan politik wang. Siapa sahaja yang tidak gelap mata dengan wang bukan? Bagi duit pangkah BN. Setel! Kedua, Media. Kita sedia maklum dan bagi diri saya sendiri, sudah menyampah benar dengan barua – barua media nasional yang tidak habis habis memburukkan pembangkang. Ini lah antara punca utama yang menyebabkan sesetengah daripada kita yang duduk dibawah tempurung menerima dengan bulat – bulat apa yang dikeluarkan media. Keluar TV kata liwat,LIWAAATT kata kita. Keluar surat khabar kata main dengan pelacur, GILAA SEKSS kata kita. Sesungguhnya jika beginilah pemikiran masyarakat kita, sampai kiamatlah tidak layak digelar masyarakat minda kelas pertama seperti Amerika Syarikat, Singapura, dan Negara Negara maju yang lain. Media di Negara – Negara maju ini kebanyakannya neutral. Kerajaan buat salah dilapor,pembangkang buat salah juga dilapor. Jadi minda mereka boleh memikirkan mana yang terbaik dan tidak diracuni seperti di Negara kita. Pemimpin kita sibuk menjadikan Negara – Negara maju ini sebagai contoh,tetapi tidak berani pula untuk mengikutnya dari segi politik. Tapi saya berterima kasih juga kepada akses internet yang membolehkan saya membaca artikel dari dalam dan luar Negara. Juga saya seringkali menonton berita di Bernama dan Channel News Asia. Nak harapkan TV3? HAHA tengok Nora Elena boleh la. Berita auta belaka.Jadi pemikiran tidaklah seperti katak yang duduk dibawah tempurung. Media memang memainkan peranan penting untuk memastikan sesuatu pakatan atau parti politik itu untuk berkuasa di satu satu Negara itu. Pihak pembangkang di Negara kita langsung tidak diberi peluang di media nasional. Sangatlah adil pada perkiraan saya. Dan yang ketiga ialah Machinery. Machinery adalah jentera – jentera KERAjaan yang digunakan untuk membantu mereka menguasai segala terutama di musim pilihanraya. Umum sudah mengetahui pada pilihanraya ke 12 yang lalu, 25kerusi telah dimenangi oleh pembangkang,tetapi kalah pada undi pos. Di Setiawangsa juga, PAS telah menang besar,tetapi bila datangnya undi pos dari kem askar di sekitar situ, kemenangan ternyata berpihak kepada BN. Dari mana datangnya undi pos ini? Adakah ianya betul dan sahih? Kita pasti tidak tahu tentang kesahihannya kerana undi pos ini diuruskn oleh machinery kerajaan. Jadi salah satu tuntutan BERSIH adalah untuk mereformasikan undi pos ini supaya lebih telus.

Jadi, pada percaturan saya, BERSIH ini bukanlah agenda politik. Tetapi kenapa KERAjaan begitu takut dengan demonstrasi ini? Mudah jawapannya. Kerana Suruhanjaya Pilihanraya dipegang oleh mereka. Kalau Suruhanjaya Pilihanraya telus dan amanah, sudah tentunya mereka hilang kuasa. Lihat saja pada pilihanraya umum yang lali, 5negeri jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat inginkan perubahan dan keadilan. Akan saya sambung kupasan mengenai perihal ini lebih lanjut dalam entri akan datang. Insyaallah.

*JANGAN KOMEN APA APA TENTANG BERSIH JIKA ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN,DAN TIDAK TAHU CERITA. JANGAN NAK KATA ‘BODOH ORANG MELAYU YANG PERGI BERSIH,GADUH SAMA SENDIRI. KAUM INDIA DAN JUGAK CINA TIDAK KURANG RAMAINYA BERDEMO HARI INI. DIBAWAH SEMBURAN GAS PEMEDIH MATA, DAN HUJAN KAMI SAMA SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. KAMI SAYANG NEGARA KAMI! KALAU TAK TAHU N NAK TAHU SILA LIHAT LINK DI ENTRI TERBARU BLOG SAY OH ! khairijamian.blogspot.com DAN LIHAT LINK LINK YANG DITULIS.

0 cacian: